Lawa giler, Nissan Almera Turbo memang mengancam
Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan secara rasmi harga Nissan Almera Turbo Serba Baharu yang ditawarkan pada harga bermula dari RM79,906.
Ditawarkan dalam tiga varian iaitu VL, VLP dan VLT ia dijana dengan enjin 1.0 liter Pengecas Turbo HR10DET menjana kuasa maksimum 100PS dan tork 152Nm.
Almera juga dilengkapi kotak gear X-Tronic CVT terbaharu dengan D-Step Logic dan mod Sport serta menawarkan penjimatan bahan api lebih efisien sekitar 18.4 kilometer (km) untuk setiap liter.
Untuk rekaan luaran ia didatangkan dengan elemen sporty dengan lampu hadapan bentuk Boomerang LED, bampar belakang kemasan gentian karbon dan rim aloi 15 inci dan 16 inci untuk varian teratas.
Ruang dalaman dengan kerusi semi bucket graviti sifar, sistem infotaimen bersaiz lapan inci, meter digital penuh untuk pemandu, roda stereng flat bottom teleskopik, ruang unjuran kaki penumpang 620 milimeter (mm), kerusi belakang dengan jatuhan 60:40 dan but seluas 482 liter.
Sistem keselamatan dengan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist, HSA), beg keselamatan SRS dan Isofix.
Untuk pasaran Malaysia, Nissan Almera Turbo Serba Baharu dijual pada harga RM79,906 (VL), RM85,715 (VLP) dan RM 91,310 (VLT) (harga atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian cukai jualan sehingga Disember ini).
You must be logged in to post a comment.