Valak Muncul Dalam MRT Siap Face Mask, Buat Netizen Terhibur

Valak Pun Takut Covid-19

Seram tapi comel juga bila tengok.

Dalam masa pandemik Covid-19 sekarang, penggunaan pelitup muka atau face mask sudah menjadi rutin harian setiap orang

Namun, ada segelintir pihak juga yang sukar untuk mematuhi arahan wajib berkenaan.

Lain pula kejadian yang berlaku di Singapura apabila kelibat watak seram dalam filem The Nun iaitu ‘Valak’ muncul di dalam sebuah MRT yang dikesan memakai face mask.

Gambar itu kemudian menjadi viral di Facebook yang telah dimuat naik oleh seorang lelaki warga Singapura yang menarik perhatian warganet.

Image from Movie Web

Image via Movie Web

Kesian sampai tertidur ‘Valak’ dalam MRT

Ketika artikel ini ditulis, gambar berkenaan telah mendapat 2k likes, 374 comments dan 2.1k shares di laman media sosial tersebut.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rayz Ong itu ternampak kelibat berkenaan semasa dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki perkhidmatan MRT.

Dia kemudian merasa pelik apabila terlihat seorang wanita memakai pakaian lengkap seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem ‘The Nun’.

Apa yang lebih kelakar, wanita berkenaan siap memakai face mask disebabkan wabak yang semakin tular pada masa ini.

Dia didapati sedang berehat sambil memejam mata. Ternyata dapat dilihat face mask itu memang sudah menjadi perkara wajib yang perlu dibuat oleh semua masyarakat.

Hantu pun tidak mahu ambil risiko kena saman

Hasil penelitian, warganet membuat andaian bahawa wanita itu memakai kostum Valak kerana ia mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lepas.

Disebabkan terlalu penat, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tersebut tanpa menghiraukan persepsi orang di sekelilingnya.

Ada juga yang menanggap sudah tentu dia tidak mahu mengambil risiko untuk disaman kerana tidak memakai face mask.

Untuk pengetahuan anda, Singapura telah memaklumkan mana-mana individu di republik itu yang didapati tidak memakai face mask akan dikenakan denda sebanyak SG$300 (RM915.42).

Rata-rata netizen juga turut meninggalkan pelbagai reaksi komen mereka menerusi posting berkenaan dan menganggap mungkin ianya adalah pakaian sempena halloween

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker