Kit Siang terkejut beruk Najib dilantik Pengerusi BNBBC

Share

Oleh Puad Zarkashi

KENAPA KIT SIANG TAKUT PADA NAJIB

Lim Kit Siang terkejut beruk bila Najib dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC).

Menurutnya perlantikan Najib itu mengejutkan dan memalukan Parlimen. Dia minta Parlimen tidak mengiktiraf perlantikan Najib. Rasuah Lim Guan Eng dia tidak malu pula.

Tun M pasti akan sokong Kit Siang. Malangnya PEJUANG belum lulus tapi dua orang MPnya Maszlee dan Syed Saddiq telah cabut lari. Esok lusa Dr Shahruddin dan Dato Amiruddin pun cabut sama.

Takut betul mereka pada Najib. Bukannya Najib jadi PM, Pengerusi BN atau Presiden UMNO.

Takut apa? Najib cuma ketua kepada 23 ahli Parlimen backbenchers sahaja

Sebenarnya mereka bimbang BNBBC akan lebih menonjol dan kredibiliti MP BN naik sebagaimana popularnya platform “Bossku” pada rakyat. Mereka pula tenggelam.

Semoga PM tidak terikut ikut dengan perangai takut Lim Kit Siang dan Tun M. Kalau ada “Kejujuran Politik” takut apa.

SELAGI TIADA KEJUJURAN POLITIK?

Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mestuarat MKT dua kali dalam masa seminggu.

Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking.

Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata.

Ada pihak mempersoalkan kenyataan terbaru Muhyiddin kerana baru sekarang cuba merasionalkan kenapa darurat perlu. Apakah perlu darurat untuk mengelak PRN Sarawak dan PRK Batu Sapi?

Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.

UMNO jadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja Raja yang menolak peristiharan darurat. Kononnya Menteri UMNO tidak mengamalkan “collective responsibility”.

Itu sebabnya Biro Politik UMNO cadangkan terma baru dan hitam putih. UMNO mahu hubungan dalam Kerajaan PN berasaskan konsensus parti dan kejujuran politik.

Pengalaman pahit di Sabah banyak mengajar. Apabila tiada kejujuran politik maka politiking berterusan.

Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sukar kerana tiadanya kejujuran politik. UMNO memang wajar diberi peranan jawatan TPM. UMNO tidak perlu apalogatik dan takut dituduh gila kuasa.

Dalam berniaga mesti ada profit sharing. Apatah lagi jika ada pihak yang menyediakan modal yang lebih besar. Mana adilnya kalau keuntungan dibahagi 80-20.

Esok Parlimen bermula. Usul undi tidak percaya tidak berbangkit. Fokus sekarang ialah Bajet 2021. Dalam perutusan khasnya semalam Muhyiddin merayu ketepikan perbezaan politik dan utamakan rakyat.

Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik. Kalau ada “Kejujuran Politik” pasti ia akan diluluskan. Bola ditangan Muhyiddin.

Justeru menjadi tanggungjawab Muhyiddin menerima pandangan semua pihak termasuk pembangkang. Jika perlu dipinda kena pinda. Ia menuntut kejujuran politik.

Antara tuntutan popular rakyat ialah sambung balik moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP. Pembangkang pula menuntut dilaksanakan Confidence and Supply Agreement.

Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik.

Pertama Kalinya Mahathir Puji Kit Siang Sebab Takut Dipenjarakan Isu Forex

One thought on “Kit Siang terkejut beruk Najib dilantik Pengerusi BNBBC

  • November 3, 2020 at 15:01
    Permalink

    sebenarnya title tu salah. sepatutnya “Kid Siang jadi Beruk, Najib jadi chairman BNBBC”

    Reply

Leave a Reply