Wanita warga emas maut ditetak, 2 lagi cedera

NILAI: Seorang wanita warga emas maut akibat ditetak, manakala 2 rakannya cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Putra Point, Bandar Baru Nilai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi semasa warga emas berumur 63 tahun itu bersama 2 wanita masing-masing berusia 61 dan 69 tahun yang berada di sebuah bangunan kosong diserang lelaki berkenaan.

“Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kesemua mangsa dikejar suspek yang kemudiannya menghayun sebilah parang ke bahagian belakang seorang wanita.



“Akibat serangan, warga emas itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang berumur 42 tahun ditahan polis di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E pada pukul 12.30 tengah hari tadi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan.-FMT



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker