Pak Arab rogol, liwat rakan ditahan

Petaling Jaya: Bukan saja ditampar malah wanita warga asing berusia 25 tahun turut diperkosa dan diliwat rakannya yang juga seorang pengusaha restoran makanan Arab, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, lelaki berasal dari Timur Tengah berusia 31 tahun terbabit dikatakan mabuk sebelum dikatakan melakukan perbuatan jijik di rumah wanita itu di Ara Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa yang bekerja sebagai operator perkhidmatan pelanggan didatangi suspek sambil membawa makanan dan minuman keras.

“Mangsa meluangkan masa bersama suspek sebelum suspek mabuk dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi ditolak.



“Suspek bertindak menampar sebelum merogol dan meliwat mangsa selain mengatakan mangsa sebagai isterinya.

“Selepas kejadian itu, suspek tertidur dan membolehkan mangsa keluar rumah lalu membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Nik Ezanee berkata, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek di rumah mangsa pada jam 10.19 pagi hari sama.

Katanya, siasatan awal mangsa baru mengenali suspek yang mengusahakan restoran di kawasan tempat tinggalnya pada bulan lalu.



Beliau berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 November ini bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C serta Seksyen 323 kanun sama.-HM

Lelaki ceroboh rumah, cuba rogol isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker