Azhar, Hanipa buat Dewan Rakyat panas
Hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi tadi panas seketika apabila berlaku ketegangan di antara speaker, Azhar Harun, dengan anggota parlimen pembangkang.
Ia berlaku apabila wakil Pakatan Harapan (PH) dari Padang Serai, M Karupaiya, bercakap secara bersahaja mengenai pertukaran kerajaan selepas Azhar memberitahu isu yang dibangkitkan sebelum itu sedang diperhalusi pihak kerajaan.
Berang dengan kenyataan itu, Azhar mempersoalkan apa kaitan kenyataan Karupaiya dengan perkara yang dibangkitkan.
“Apa kena mengena dengan… kita ada usul 121 yang sepatutnya saya kemukakan masalah ketika perbahasan,” katanya.
Namun, kenyataan Azhar itu disanggah anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, yang berpendapat speaker tidak perlu menjawab soalan anggota dewan bagi pihak menteri.
“Speaker jangan jawab soalan bagi pihak menteri boleh tak?” soalnya.
Azhar sekali lagi dan menegaskan, dia menjawab kenyataan itu kerana dia sedang mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung.
“Siapa jawab? Saya beri penerangan kerana saya yang pengerusikan mesyuarat itu,” tegas Azhar.
Bagaimanapun, jawapan itu terus menimbulkan rasa kurang senang Hanipa.
“Come on-lah speaker we are tired with your atitude (Sudahlah, speaker, kami dah penat dengan sikap kamu),” jawab Hanipa.
Sidangan Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 kali ini dijadualkan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis ini. Mk
You must be logged in to post a comment.