Takziah: Anggota Polis Maut, Rakan Setugas Parah MPV Kejar Suspek Terbalik
JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut, manakala rakan setugas parah selepas kenderaan peronda (MPV) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.24 pagi itu, kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn di sini sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki.
Sejurus sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis itu terbalik.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota beserta dua buah jentera bergegaskan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.
“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.
“Turut cedera, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Kamsani, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Foto: info roadbl0ck jpj/poIis
Sumber: KOSMO! ONLINE, inforoadbl0ck jpj/poIis
You must be logged in to post a comment.