Isu bantahan selesai, agihan bakul makanan di Taman Semarak

Sebahagian penduduk Taman Semarak, Tawau, mengadakan bantahan aman, Khamis lalu merayu pihak berkuasa memberi kelonggaran berkaitan SOP PKPD yang dilaksanakan pada 26 Oktober hingga 8 November di kawasan itu . - Foto fail NSTP
Sebahagian penduduk Taman Semarak, Tawau, mengadakan bantahan aman, Khamis lalu merayu pihak berkuasa memberi kelonggaran berkaitan SOP PKPD yang dilaksanakan pada 26 Oktober hingga 8 November di kawasan itu . – Foto fail NSTP

TAWAU: Isu dibangkitkan penduduk Taman Semarak berhubung bekalan keperluan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dianggap selesai.

Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau, Joseph Pang, berkata bantuan bakul makanan kerajaan negeri diagihkan kepada penduduk sejak Jumaat selain dibenarkan berbelanja di kedai berdekatan taman.

“Kami membenarkan penduduk berbelanja di kedai berdekatan, bakul makanan dari kerajaan negeri turut diedarkan. Pengagihan diteruskan sehingga hari ini,” katanya.



Sebelum ini, deretan kedai berhampiran Taman Semarak tidak berada dalam lokaliti PKPD.

Penduduk taman itu yang juga seorang pesara kerajaan, Dg Sarbanun Abd Latif, 63, bersyukur kerana masalah dihadapi rakyat yang memerlukan bekalan makanan serta keperluan lain berjaya diselesaikan dengan segera.

“Ramai penduduk di Taman Semarak mengalami masalah kehabisan bekalan makanan selepas memasuki hari keempat dikenakan PKPD di kawasan ini dan keputusan PKOB membenarkan penduduk berbelanja di kedai berhampiran memberi kelegaan kepada kami,” katanya.

Suri rumah, Sarimah Trang, 57, menyifatkan tindakan pantas menyelesaikan masalah rakyat itu sebagai keprihatinan pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan negeri.



“Permasalahan sebelum ini selesai dan kami mendapat kerjasama baik dari pihak berkuasa dan kami juga menerima bantuan bakul makanan semalam,” katanya.

Bekas pegawai bank ,Ahmad Dullah, 52, berkata terdapat penduduk Taman Semarak yang tidak sempat membuat persediaan bekalan makanan serta keperluan lain selepas pengumuman dibuat mengenai PKPD di taman itu dilaksanakan pada 26 Oktober sehingga 8 November ini.

“Hal ini kerana ada penduduk yang belum menerima gaji dan ada bergaji hari dan ini menimbulkan kesukaran untuk menyediakan barang keperluan rumah. Bantuan bakul makanan dari kerajaan negeri sangat penting, syukur bantuan diagihkan ketika ini,” katanya.

Pada Khamis lalu penduduk Taman Semarak, membuat bantahan aman merayu pihak berkuasa memberi kelonggaran berkaitan SOP PKPD yang dilaksanakan pada 26 Oktober hingga 8 November di kawasan itu. – BERNAMA



PKPD: Penduduk mula terima ‘bakul makanan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker