Rezeki Datang Tak Disangka-Sangka, Ini 5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki Anda Perlu Tahu

Rezeki boleh hadir dalam bentuk yang berbeza-beza kepada setiap individu. Pastinya mendapat rezeki yang banyak itu selalu bergantung kepada setiap amalan yang kita lakukan setiap hari.

Semua orang mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah kepada mereka. Namun, ada juga yang merungut mengapa rezeki begitu susah datang kepada mereka. Jika ia datang pun, dengan cepat ia pergi.

Allah SWT sudah pun memberi tuntutan yang lengkap tentang bagaimana cara meraih rezeki yang melimpah. Semuanya bergantung kepada niat kita sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.

Mana mungkin rezeki nak datang dan singgah kalau kita sendiri tidak membuka pintunya. Jadi, kitalah yang harus bangun dan membuka pintu tersebut.

Oleh itu, cuba amalkan beberapa amalan di bawah kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Jangan pernah mengeluh untuk melakukannya. Semoga Allah bukakan pintu rezeki yang banyak buat kita.

 

1. Solat Dhuha

Image from The Zuriat

Image via The Zuriat

Selain melakukan solat 5 waktu, lakukan juga solat Dhuha iaitu solat sunnah yang dilakukan pada waktu Dhuha yang bermula 28 minit setelah waktu Syuruk dan akan habis 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Memang ia tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat Dhuha dan rezeki tetapi kebanyakkan orang yang mengamalkannya menyatakan bahawa ia benar boleh membuka pintu rezeki kita.

Amalan solat Dhuha merupakan salah satu rahsia untuk membuka pintu rezeki seluasnya. Walaupun sedang sibuk, luangkan masa 10 minit untuk menunaikannya, pasti tidak akan rugi.

 

2. Perbanyakkan bersedekah

Image from Ayo Jakarta

Image via Ayo Jakarta

Sedekah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti dengan wang mahupun makanan yang diberikan kepada seseorang yang memerlukan. Hadith riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang suka bersedekah. Ia bermakna semakin banyak kita bersedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki.

Sekiranya anda memudahkan orang lain, insya-Allah Tuhan akan memudahkan urusan anda pula.

 

3. Tidak kedekut dengan ibu bapa

Image from Sinar Harian

Image via Sinar Harian

Ibu bapa adalah orang pertama yang melihat kita dilahirkan ke dunia. Mereka adalah orang yang paling ikhlas dalam melunaskan tanggungjawab dan keperluan anak.

Dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Jika anda masih mempunyai ibu bapa, berikanlah apa yang anda selagi mampu untuk membahagiakan mereka. Korbankan masa dan balaslah jasa mereka kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita.

 

4. Banyakkan istighfar dan bertaubat

Image from Hitekno

Image via Hitekno

Istighfar mampu membuka pintu rezeki, jadi mengapa kita tidak mengamalkannya? Nabi Nuh AS pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Rasulullah SAW juga mengucapkan istighfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.

 

5. Bangun awal pagi

Image from 1Health

Image via 1Health

Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki pada waktu pagi. Waktu pagi sebenarnya adalah saat yang penuh berkat untuk kita melakukan pelbagai perkara.

Mengapa waktu pagi dikatakan sebagai waktu yang berkat dan membawa keuntungan?

Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan.” (Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar).

Jadi, alangkah ruginya jika kita mensia-siakan peluang yang Allah berikan pada waktu pagi untuk mencari rezeki. Marilah kita mengubahnya supaya menjadi lebih baik.

 

Insya-Allah dengan amalan-amalan ni akan lebih melimpah-ruah rezeki buat kita 🙂

Kredit: Says.com

Setiap saat adalah rezeki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker