Anak muda muflis kerana ‘pinjaman lima serangkai’

SHAH ALAM – Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir menegaskan, terdapat lima faktor yang menjadi punca utama menyebabkan anak muda muflis.
Menurutnya lima faktor itu juga disebut sebagai ‘pinjaman lima serangkai’ iaitu pinjaman peribadi, pendidikan, kereta, rumah serta kad kredit.

“Kelima-lima faktor itu apabila digabungkan amat mudah untuk memufliskan seseorang terutama anak muda.

“Berdasarkan statistik dari tahun 2015 hingga 2019 juga menunjukkan 85,000 orang yang dimufliskan ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah,” katanya pada Wacana Al-Quran Siri 8 bertajuk Muflis Pada Usia Muda yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Turut menjadi panelis, Pengasas Elzr Group & Myclazz.com, Zaharuddin Abdul Rahman, sementara Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail bertindak selaku moderator serta ditemani qari jemputan, Ustaz Husaini Mahmur yang memperdengarkan bacaan Surah Al-Balad serta beberapa surah berkaitan.

https://mykmu.net/2017/10/22/lari-dari-cukai-11-pembayar-cukai-diisytiharkan-muflis/

Mengulas lanjut, Rohani berkata, sewaktu beliau bekerja di bank pada tahun 1980 hingga 1990-an, sangat sukar untuk melihat orang yang berusia di bawah 40 tahun dimufliskan.

Namun, katanya, pada hari ini mereka yang muflis sangat ramai dan mencecah ke 600,000 orang termasuk yang berusia bawah 44 tahun.

“Di bawah jumlah itu juga termasuk golongan muda berusia 25 tahun dan antara sebab muflis kerana ramai anak muda yang didapati menjadi penjamin kepada pinjaman kenderaan bapa mereka dan ada juga kelompok anak muda muflis kerana hendak bergaya iaitu memiliki lebih daripada satu kad kredit.

“Malah Malaysia juga pernah sampai ke tahap 11 juta orang dikenal pasti memiliki kad kredit dan boleh dikatakan seorang individu berusia 25 tahun mempunyai sekurang-kurangnya lima kad kredit.

https://mykmu.net/2017/11/14/gagal-bayar-cukai-10-syarikat-dan-enam-individu-diisytiharkan-muflis/

“Jumlah mereka yang muflis itu amat luar biasa dan lebih menyedihkan kaum Melayu paling tertinggi menduduki carta muflis. Saya berharap anak muda lebih peka dengan statistik sebegini dan jangan jadikan kehidupan anda seawal usia 25 tahun sudah memiliki pelbagai hutang sehingga dimufliskan,” katanya.

Selain itu, Rohani berkata, sebelum ini ramai yang muflis ekoran masalah pinjaman kereta, tetapi kini rata-ratanya dikenal pasti disebabkan pinjaman peribadi.

“Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan kesan pandemik Covid-19, saya sebenarnya bimbang serta takut jika ramai melihat pinjaman peribadi sebagai penyelesaian buat mereka,” katanya.

https://mykmu.net/2017/12/29/muflis-kerana-cukai-tertunggak-serendah-rm32-ribu-sahaja/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker