Bekas IGP, Musa Hassan Buat Laporan Polis Kes Fitnah
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam terhadap seorang lelaki yang didakwa memfitnahnya berkaitan skim cepat kaya menerusi satu rakaman video.
Menurutnya, dakwaan itu dibuat lelaki terbabit di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Dalam rakaman video itu, lelaki itu dengan niat jahat memfitnah dan menjatuhkan maruah saya sebagai bekas Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Datuk Mohammad Hamdan Wahid).
“Saya telah mengambil tindakan perundangan yang perlu dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis di IPD Petaling Jaya pada 26 Oktober (Isnin).
Tindakan Sekumpulan Pemuda Di Kelantan Ini Buli Warga Emas di kecam Netizen [ VIDEO ]
“Saya juga telah sertakan beberapa bahan bukti yang membuktikan tuduhan jahat ke atas diri saya adalah tidak benar dan berniat jahat untuk tindakan lanjut pihak polis,”
Individu yang didakwa Musa telah memfitnah dan menjatuhkan maruahnya menerusi rakaman video, baru-baru ini.
Musa berkata, orang ramai diseru agar tidak ghairah untuk menularkan dakwaan terbabit.
Jelasnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak undang-undang bagi mengenakan apa jua tindakan perundangan yang sesuai ke atas mana-mana individu yang terus menyebarkan bahan fitnah tersebut dan membuat tanggapan kepada orang ramai seolah-olah seperti mana yang didakwa dalam rakaman video tersebut.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi empat minit tujuh saat mendakwa Musa dan Mohammad Hamdan terlibat dalam skim cepat kaya dengan memperdaya beberapa mangsa.
Shahril sebut ‘yes’ selepas dijatuhi hukuman penjara hina Agong
You must be logged in to post a comment.