Keputusan ‘Besar & Penting’, Akan Dimuktamadkan MT UMNO Malam Ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa depan parti Melayu terbesar itu.

Hari ini, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu media dalam pertemuan hari ini turut dibangkitkan isu BN tarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tarik sokongan kepada Muhyiddin ini ada juga pandangan. Macam-macamlah tapi majoriti pandangan “No Anwar, No DAP”.

“Dalam keadan sekarang kita tengah berbincang, ada juga pandangan supaya kita dapat berbincang dengan Muhyiddin,” katanya.

‘Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin’

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menjelaskan antara ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh BN adalah jawatan-jawatan penting yang dipegang pimpinan Bersatu.

“Contoh antara kebanyakan menteri-menteri kanan dan menteri penting dipegang Bersatu, UMNO hanya menumpang.

“Begitu juga ahli lembaga pengarah beberapa kementerian, tidak ada UMNO dan PAS dilantik.

“Malah pengerusi dalam kementerian, tidak ada seorang ahli UMNO, banyak kelemahan yang kita boleh bincang semula dengan Muhyiddin,” jelasnya.

Selain itu, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak menegaskan, meski apa pun yang terjadi UMNO tidak boleh berpecah.

“UMNO mesti bertindak dalam satu blok.

Mesyuarat khas Kabinet: Menteri sepakat kunci mulut

“Ada juga pandangan yang berhubung keperluan Muhyiddin letak jawatan, tapi itu cuma pandangan. Apa yang penting keputusan malam nanti,” kata Najib.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui, soal Muhyiddin letak jawatan juga memang dibincangkan namun, MT UMNO akan putuskan malam ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, mesyuarat BN petang ini lebih kepada percambahan buah fikiran bukan muktamad keputusan.

“Kita bincang macam mana untuk bergerak ke hadapan.

“Apa sahaja keputusan yang kita buat mesti berasaskan apa baik untuk rakyat dan negara.”

Suara.Tv

Kedudukan Muhyiddin: Kami sedang bincangkan, kata Hishammuddin

Titah Agong: Yang tersirat dan yang tersurat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker