Gempar jumpa mayat di taman permainan kanak-kanak
AMPANG : Pengunjung taman permainan kanak-kanak, Taman Bukit Teratai, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas dengan kesan melecur.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, sejurus menerima panggilan daripada salah seorang penduduk pada pukul 7.22 pagi, polis bergegas ke tempat kejadian.
Beliau memberitahu, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa yang berusia 70 tahun itu melecur di bahagian hadapan dari dada sehingga paha.
“Siasatan awal juga mendapati tukang kasut itu tinggal seorang diri, berdekatan kawasan tempat kejadian,” katanya.
Mohamad Farouk memberitahu, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa katanya dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat. Awani
You must be logged in to post a comment.