TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila kuasa’

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji peranan semak dan imbang raja dalam pentadbiran negara, ketika raja-raja Melayu membincangkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik saja,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, paling penting sekarang ialah kebajikan rakyat diutamakan dan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan raja-raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja, di mana raja-raja Melayu berfungsi memberi kelebihan ‘check & balance’ dalam pentadbiran negara.

“Doa dan harapan saya adalah kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati raja-raja Melayu.”

Raja-raja Melayu berkumpul di Istana Negara hari ini untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu.

Tiada butiran berhubung cadangan itu, tetapi spekulasi tersebar luas mendakwa pengisytiharan darurat atau darurat separa antara perkara yang dikemukakan kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. FMT

Institusi Raja Dan Rakyat Saling Melengkapi – Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker