Berkat doa ibu selama sembilan bulan

Berkat doa ibu selama sembilan bulan

JOHOR BAHRU: “Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa cara pun dirinya,” kata Azmawati Ab Kadir, 55.

Azmawati adalah ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya di Taman Air Biru ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.




Poster kehilangan mangsa yang dikongsi keluarga pada Oktober tahun lalu.

Katanya, kini sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang setelah menerima panggilan pihak polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.

“Pada mulanya, ada orang awam menghubungi saya sebab ingat berita viral di facebook berhubung kehilangan anak sulong saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai di sana. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan dari pihak polis memaklumkan perkara sama, lebih kurang jam 1 tengah hari.

“Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran kenderaan sama dengan kereta anak saya.



“Kebetulan seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmawati berkata, penantiannya bersama keluarga selama sembilan bulan sudah berakhir.

Katanya, beliau reda, lega dan bersyukur jasad anak saya yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.

“Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua bentuk keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.



“Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya yang memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu, ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.

Bercerita lanjut, Azmawati berkata, tepi sungai terbabit sememangnya menjadi laluan anaknya setiap kali untuk pulang ke tempat kerja di Terengganu.

Katanya, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan terbabit.

“Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.



“Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang ke tempat kerja,” katanya yang mempunyai dua anak.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya. BH

Berkat doa ibu selama sembilan bulan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker