Pasangan dicekup, larikan MPV polis

Kuala Lumpur: Dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, dua suspek lelaki dikatakan melarikan kenderaan baru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Sumber berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.

“Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu.

“Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air,” katanya.

 

SUSPEK yang berjaya diberkas polis selepas melarikan kereta peronda polis.
SUSPEK yang berjaya diberkas polis selepas melarikan kereta peronda polis.

 

Difahamkan kereta MPV polis itu akhirnya menjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

“Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.

“Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.-HM

MPV Honda Civic kereta peronda baharu PDRM

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker