Lelaki ditemukan mati dalam kereta di Hentian Rehat Dan Rawat Tapah

IPOH – Seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat Ng Kar Weng, 26, di dalam sebuah kereta Honda Jazz yang berkunci pada pukul 11.30 pagi.

“Kami segera mengerahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin dan pendingin hawa kereta dalam keadaan telah dimatikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta dan operasi tamat pada pukul 12.12 tengah hari.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. MG

Ibu terkejut jumpa mayat anak di rumah selepas lebih dua hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker