Lelaki curi motosikal, kereta, samun ditahan
Gombak: Lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal dan kereta sebelum meleraikan komponennya untuk dijual ditahan polis kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penahanan suspek berusia 22 tahun itu dibuat selepas polis menerima laporan berkaitan kehilangan motosikal Yamaha 125ZR di Taman Sri Garing, Rawang di sini, Rabu lalu.
Menurutnya, mangsa berusia 33 tahu menyedari kehilangan motosikal yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di rumahnya pada 7.30 pagi menyebabkannya kerugian kira-kira RM5,000.
Pemandu MABUK: Seret Motosikal 2 KM & Penunggang Terkorban [Video]
“Bertindak atas maklumat, pada 7 malam kelmarin, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Rawang membuat serbuan di sebuah rumah di sekitar Jalan Kemunting Kampung Kenanga dekat sini.
“Setibanya pasukan polis di hadapan rumah yang disyaki didapati seorang lelaki sedang meleraikan komponen sebuah kereta Honda Civic Ferio,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arifai berkata, menyedari kehadiran anggota polis, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan di sekitar rumah suspek menemui sebuah lagi kereta jenis Toyota Corolla Altis.
Video tular: Polis buru lelaki tunggang motosikal guna kaki [Video]
“Semakan yang dibuat mendapati Honda Civic berkenaan dilaporkan hilang di Kepong, manakala sebuah kereta lagi disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam satu kejadian samun berkumpulan di Bukit Sentosa.
“Kemudiannya, polis ke Taman Bersatu Rawang sebelum ditemukan motosikal Yamaha 125ZR dan hasil semakan mendapati motosikal itu milik mangsa, yang hilang di Taman Sri Garing,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam ketiga-tiga kes itu bersama dua rakan sejenayah yang masih bebas.
“Usaha mengesan rakannya sedang dijalankan dan siasatan lanjut dibuat mengenai pembabitan mereka dalam kes lain.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya.