“Inilah Harga Yang Kita Rakyat Perlu Bayar” – Mohd Yusof
ALOR SETAR – Kemelut politik yang melanda mengakibatkan pentadbiran negara tidak stabil merupakan manifestasi atas pertukaran Kerajaan Barisan Nasinonal (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Dato’ Mohd Yusof Ismail berkata, apa yang berlaku hari ini terpaksa dibayar oleh rakyat hari ini.
“Situasi politik yang kita hadapi pada masa ini adalah manifestasi peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sejak Mei 2018.
“Inilah harga yang kita sebagai rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik perlu bayar,” katanya dalam satu kenyataan kepada myKMU di sini semalam.
Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini telah pun dinyatakan lebih awal sebelum Pilihan Raya ke-14 (PRU14) yang menyaksikan BN tewas buat pertama kali dalam sejarah, terpaksa menyerahkan tampuk pentadbiran negara yang disandang sejak merdeka kepada PH.
“Bukan mudah untuk menstabilkan keadaan politik apabila berlaku perubahan kerajaan, hatta di Jepun semasa LDP tewas dahulu keadaan politik Jepun sangat tidak stabil yang akhirnya menjejaskan ekonomi mereka.
“Jika kita masih ingat ‘Arab Spring’ yang menyebabkan beberapa kerajaan negara Arab seperti Libya, Mesir dan Tunisia jatuh, sehingga kini masih belum stabil keadaan politik mereka dan sudah beribu yang kehilangan nyawa.
“Saya selalu beritahu kepada rakan-rakan dan masyarakat sebelum PRU14 dahulu, apa yang akan berlaku jika perubahan kerajaan terjadi namun ramai yang tidak endah,” katanya.
Kemelut politik ini jelasnya bertambah parah apabila pandemik Covid-19 yang pada awalnya -terkawal namun menunjukkan peningkatan bilangan mangsa sejak akhir-akhir ini.
“Dengan penularan wabak Covid yang menyebabkan kehidupan rakyat terjejas semakin ketara ketidakstabilan politik di negara kita,” jelasnya lagi.
Justeru itu Mohd Yusof berkata, “gencatan politik” yang diumumkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menegaskan bahawa UMNO mendahulukan kepentingan rakyat dan negara dapat difahami dengan jelas oleh semua pihak.
“Jadi saya harap gencatan politik yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Presiden Zahid Hamidi diharap dapat difahami oleh semua pihak, yang penting rakyat dan negara perlu didahulu sekarang ini,” tegasnya.
Pentadbiran negara disifatkan sebagai goyah setelah bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa Ahli Parlimen PH mengirim usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 2 November ini.
Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula dalam satu sesi sidang akhbar mendakwa memiliki majoriti lebih banyak sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan mengadap Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Muhyiddin bagaimana pun disifatkan boleh menarik nafas lega apabila UMNO menzahirkan pendirian “gencatan politik” demi mendahulukan kepentingan rakyat dan negara ini yang sedang berhempas pulas menangani pandemik Covid-19 dan kesannya yang mengakibatkan ekonomi negara dan rakyat terjejas teruk.
Media pula dalam laporannya menyatakan Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya bersetuju untuk meletakkan negara dalam status “darurat” dan disusuli dengan Muhyiddin dilaporkan mengadap Yang DiPertuan Agong kemudiannya. – myKMU.net
Syed Saddiq, Si Tikus Yang Tidak Jadi Terjun Bersama Labu – Labunya
Elok2 ekonomi dah nak meningkat pada tahun 2018, habis merudum, sibuk pasal GST menindas orang ramai tapi bila tak ada GST, harga barang masih sama juga. Ramai yang rugi duit TH dan ASN/ASB sebab keuntungan jatuh. Saya jumpa ramai orang yang kena “kencing” dengan PH, kata menyesal undi PH, pendek akal, asyik kata BN zalim dsbnya, last2 kena balik kat diri sendiri, padan muka.