Aaron Aziz tuntut blog turun artikel atau berdepan laporan polis
Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi amaran keras kepada sebuah blog yang telah mengeluarkan artikel dan tajuk yang boleh membawa fitnah sehingga mengaibkan dirinya.
Menerusi entri video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Aaron yang berang menuntut penggendali blog tersebut segera menurunkan artikel berkenaan dalam tempoh tiga jam dari sekarang.
“Nak beritahu blog ini korang nak buat tajuk pasal diri aku dan keluarga aku, jangan buat tajuk fitnah. Sekarang aku bagi korang warning, bring down that bloody video ataupun korang tengok apa yang berlaku.
“Jangan nak buat kelakar setakat nak suruh orang baca korang punya blog bodoh tu. Saya bagi masa tiga jam, kalau tak turun saya buat report polis, tengoklah apa yang jadi (nanti),” tegas Aaron.
Blog tersebut telah memuat naik artikel bertajuk ‘Aaron Aziz Kantoi Dengan Isteri Berasmara Dengan Perempuan Lain’.
Penulisan artikel itu merujuk kepada sebuah entri yang mana menunjukkan Aaron telah ‘kantoi’ memanggil seorang wanita dengan panggilan ‘sayang’ sebelum diketahui oleh isterinya, Datin Diyana Halik. MG
Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Diroboh, Ini Luahan Hati Aaron Aziz
You must be logged in to post a comment.