Belum masa memangkah, pantun Permaisuri Agong tarik perhatian
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi menarik perhatian apabila memberikan empat rangkap pantun yang penuh dengan saranan dan yang maksud tersirat.
Tunku Azizah melalui laman Instagramnya pada Selasa memuatnaik klip video berdurasi 55 saat bagi menyampaikan mesej tersebut.
Berikut adalah empat rangkap pantun tersebut:
Tiga wilayah Selangor dan Sabah,
Sudah diarah kerja dari rumah,
Orang politik sedar sedarlah,
Ini bukan masa untuk berbalah.
Raja sudah bertitah,
Sudah sudahlah bertelingkah,
Rakyat sedang susah,
Belum masa keluar memangkah,
Buah cempedak di luar pagar,
Jangan ambil orang punya,
Titah raja jangan dilanggar,
Kalau dilanggar buruk padahnya.
Semua orang duduk rumah,
Sebab covid belum sudah,
Pada yang makan rasuah,
Bertaubatlah banyakkan ibadat.
https://www.instagram.com/p/CGm0bwaHHU7/?igshid=ocxc7qgzeh49
Pantun itu dibacakan oleh dua kanak-kanak bermula dengan gambar buku “Kurik Kundi Merah Saga” iaitu Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pantun tersebut dipercayai sebagai maklumbalas terhadap situasi politik negara yang tidak berkesudahan.
Sehingga berita ini ditulis, klip video Tunku Azizah itu telah menerima sebanyak 202,867 tontonan dengan 939 maklumbalas yang rata-rata memuji dan menyokong tindakan Baginda. Suara.tv
Ciapan Jelik Kepada Permaisuri, Warga maya bongkar identiti 4 individu
You must be logged in to post a comment.