Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa - Pengerusi Felda · MYKMU.NET

Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa – Pengerusi Felda

Share

Langkah Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan import produk sawit daripada FGV Holdings Bhd (FGV) dilihat sebagai satu cabaran untuk memastikan pengurusan ladang oleh FELDA selaras dengan kehendak dan amalan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.

“Dengan pengharaman itu kita belajar untuk memastikan pengurusan ladang kita adalah selaras dengan kehendak dunia. Sebelum ini saya ada memaklumkan kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom bahawa kita sedang ke arah untuk memastikan pengurusan ladang yang lebih baik.

“Saya maklumkan juga kepada mereka bahawa isu kanak-kanak yang bekerja di ladang itu adalah budaya di negara ini di mana kita mengamalkan sikap menolong ibu bapa bekerja.

“Saya juga maklumkan kepada mereka bahawa, mereka tidak boleh menggunakan isu itu sebagai senjata untuk menyerang kita. Pada masa sama, saya juga tegaskan, apa yang boleh kita patuhi, kita tetap lakukan,” katanya ketika ditemui menerusi program Agenda AWANI pada Khamis malam.

Dalam perkembangan berasingan, Idris menjelaskan Felda komited menyasarkan 1,000 projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) dilaksanakan di seluruh negara menjelang tahun 2021.

Jelasnya, pelaksanaan projek PPP ini antara lain dengan disokong penggunaan teknologi. Awani

AS larang import minyak sawit keluaran FGV, apa tindakan kerajaan ?

Top Glove sahkan larangan eksport produk ke AS ada kaitan isu buruh asing

Leave a Reply