Jerung bermata satu ditemui di Indonesia
MALUKU – Seorang nelayan di Indonesia gempar apabila menemui seekor anak ikan jerung bermata satu selepas membelah perut jerung dewasa yang tersangkut dalam jaring baru-baru ini.
Menurut Yahoo News Australia, jerung dewasa itu ditangkap di luar pantai di wilayah Maluku pada 10 Oktober lalu.
Katanya, semasa nelayan hendak membelah perut bagi mengeluarkan usus haiwan itu, mereka mendapati beberapa ekor anak jerung terdapat di dalamnya.
Suami tumbuk jerung untuk bebaskan isteri dari dibaham jerung
Seorang nelayan hanya dikenali sebagai Andy berkata, pada mulanya dia menjumpai tiga ekor anak jerung dalam perut jerung dewasa yang dibelahnya itu.
Jerung itu mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil baru terbentuk selain berwarna putih susu.
Namun, selepas mengeluarkannya dia mendapati salah seekor jerung itu mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil baru terbentuk selain berwarna putih susu.
Addy Kanna dan Goh Leong Yeong ejen Macau Scam dari China – Polis
Kemudian, mereka membawanya ke pihak berkuasa marin untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut laporan pemeriksaan, anak jerung terbabit mengalami penyakit Cyclopia iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.
Difahamkan ini bukan kali pertama jerung bermata satu berjaya ditangkap sebelum ini.
Malah, seorang lelaki di Amerika Syarikat dan nelayan di pantai Mexico pernah menangkap jerung sama pada tahun 2011. – Agensi
Cederakan anggota polis: Tauke shisha, 2 pekerja didakwa [Video]
You must be logged in to post a comment.