Tikam bapa berang ditegur main PUBG

Berang ditegur kerana terlalu lama bermain permainan dalam talian, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), seorang lelaki di India menikam bapanya sendiri.

Portal Times Now News (TOM) melaporkan kejadian itu berlaku di daerah Meerut, Uttar Pradesh, Khamis lalu.

Ia menyebabkan mangsa dikenali sebagai Irfan dimasukkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.



Anaknya pula dikenali sebagai Amir turut dimasukkan ke hospital sama kerana mencederakan diri sendiri.

Bagaimanapun, Amir dilaporkan berada dalam keadaan yang kritikal.

Anak pukul ibu bapa dengan kayu hanya kerana ditegur buat bising



Jurucakap polis tempatan, Devesh Singh berkata, insiden berlaku kerana anak mangsa berang selepas ditegur ayahnya itu.

“Akibatnya, mangsa mengambil pisau seterusnya menikam ayahnya dengan senjata tajam itu.

“Mangsa kemudian melarikan diri ke luar rumah dengan keadaan badan berlumuran darah.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba mengawal Amir, namun mereka turut dicederakan,” katanya.



Malah, Amir turut mencederakan dirinya sendiri.

Muhyiddin perlu cari jalan selesaikan pertelingkahan

Sementara itu, Inspektor Arvind Mohan Shama memaklumkan keluarga memberitahu Amir adalah penagih dadah dan menjalani rawatan untuk menghilangkan ketagihannya.



Beberapa kes kematian membabitkan kanak-kanak dan remaja yang ketagih bermain PUBG di India.

Antaranya, kematian seorang remaja lelaki di India pada 10 Ogos lalu kerana terlalu asyik PUBG selama beberapa hari sehingga tidak makan dan minum.

Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Andhra Pradesh itu meninggal dunia dipercayai selepas mengalami dehidrasi.

Bulan lalu, seorang lagi remaja lelaki berusia 12 tahun dari daerah barat Bengal Nadia tahun ditemui mati di dalam biliknya.



Remaja terbabit dipercayai membunuh diri kerana kecewa dengan sekatan terhadap PUBG di India yang menyebabkannya tidak dapat bermain permainan itu.

Buang pemimpin UMNO yang sokong pembangkang – Ku Li



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker