[VIDEO] “Mana pergi rasa malu..” – Netizen meluat lihat aksi mesra Janna Nick & kekasih

Umum mengetahui aktres dan pengacara, Janna Nick kini sedang hangat dilamun cinta bersama pelakon berwajah kacukan, Dini Schatzmann.

Memilih untuk bersikap terbuka dalam soal perhubungan, pasangan tersebut dilihat tidak lokek untuk berkongsikan momen-momen bersama di laman media sosial untuk tatapan peminat.

Mahu masa awak

Baru-baru ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ada berkongsikan sebuah video romantik sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya yang ke-26 tahun.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Z2zsQB4Cxi4[/embedyt]

Dalam video yang dimuat naik itu memaparkan Janna ada bertanyakan kepada Dini apa yang dimahukan sempena hari jadinya.

Dini kemudian menjawab hanya mahu Janna meluangkan masa bersamanya selama tiga hari dan melupakan sebentar kerjaya dalam nada yang begitu manja.

Aktress drama Leftenan Zana berkenaan juga turut menyelitkan beberapa momen-momen ‘sweet’ mereka bersama sepanjang video berdurasi tiga minit itu.

Bagaimana pun, video yang dikongsi semula di laman Facebook Hot FM ternyata mengundang pandangan negatif warganet yang tidak selesa melihat kemesraan disifatkan berlebihan itu.

Malah, rata-rata meminta agar pasangan pelakon itu segera menghalalkan hubungan sekiranya mahu menunjukkan kemesraan sedemikian.

Belum kahwin tapi macam orang dah nikah

Nak muntah!

Tengah asyik bercinta, semua manis je…

Rasanya dah kahwin ni?

Kahwin cepat, takde la orang meluat

Mungkin kadang-kadang ada perkara yang kita rasa baik untuk kita, tapi tidak pada pandangan orang lain. Apa pun semoga baik-baik sahaja buat Janna dan Dini.

Sumber: InstagramFacebook

Kredit : OhMyMedia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker