Lelaki disangka mati akhirnya mati
Seorang lelaki berusia 74 tahun yang disangka mati dan diletakkan dalam peti sejuk mayat di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas diselamatkan.
Balasubramanyam diisytiharkan meninggal dunia Isnin lalu selepas dibawa ke hospital, namun punca kematiannya tidak diketahui.
Dia kemudian diletakkan dalam peti sejuk mayat sehingga keesokan hari sebelum pekerja hospital datang mengambilnya untuk melakukan upacara pengebumian.
Bagaimanapun, salah seorang pekerja menyedari badan Balasubramanyam menggigil kesejukan dan mendapati dia masih lagi hidup.
Balasubramanyam diselamatkan dan dimasukkan ke hospital, namun selepas beberapa hari dia dilaporkan meninggal dunia.
Pengarah hospital kerajaan di selatan bandar Salem, Dr Balajinathan berkata, pesakit itu sebenarnya pengsan awalnya dan dia meninggal dunia akibat masalah paru-paru.
Bagaimanapun, beliau memberitahu pihaknya tidak jelas berapa jam Balasubramanyam berada dalam peti sejuk itu. – Agensi