Edisi Khas SEIKO 5 Sports X Street Fighter, Kolaborasi Yang Epik 2020!
Model Seiko 5 Sports antara model ikonik buat penggemar jam berjenama Seiko, untuk tampil dengan lebih unik dan eksklusif. Selain sering tampilkan kelainan dari segi rekaan, Seiko 5 Sports dijamin memberi kepuasan buat si pemakai dengan kualiti yang tahan lama.
Berita gembira buat semua kaki game Player VS Player!
Keluaran Seiko 5 Sports kali ini diinspirasikan dari permainan tempur kegemaran satu dunia iaitu Street Fighter V! Terdapat 6 jenis rekaan yang semestinya diilhamkan oleh karakter-karakter utama permainan iaitu Ryu, Ken, Chun-Li, Guile, Zangief dan Blanka.
Rekaan setiap karakter penuh ikonik
Kenapa kena beli? Meh sini nak cerita…
Rekaan SEIKO 5 Sports edisi Street Fighter V pada setiap satu unit jam dipenuh dengan perincian yang menonjolkan identiti karakter-karakter utama. Sudah semestinya, bakal memberikan satu kepuasan buat korang untuk menggayakannya.
#1 SRPF 19 -Ryu
Design jam tangan diilhamkan oleh seragam Judo klasik “do-gi”, dan kesar seperti calar di bezel memaparkan imej pahlawan pada karakter Ryu tersebut.
#2 SRPF 20 -Ken
Kombinasi warna merah dan kuning pada jam edisi Ken ini, merupakan simbolik ikonik bagi kostum serta rambut perang yang dimiliki oleh karakter tersebut.
#3 SRPF 17 -Chun-li
Rona biru dan emas pada jam ini melambang kepada kostum China yang digayakan oleh Chun-Li. Lebih istimewa, tali jam tangan edisi Chun-Li dicetak dengan logo naga dan aksi Spinning Bird Kick pada bahagian belakang.
#4 SRPF 21 -Guile
Pakaian seragam Guile sebagai Mejar Tentera Udara AS merupakan inspirasi utama kepada reka bentuk jam yang seakan-akan meniru corak baju tentera.
#5 SRPF 24 -Zangief
Reka bentuk pada jam tangan edisi Zangief diilhamkan dari wataknya yang mempunyai tubuh badan berotot dan corak pusaran bulat pula melambangkan aksi khas Zangief iaitu Cyclone Lariat.
#6 SRPF23 -Blanka
Corak elektrik terukir pada bezel memaparkan Electric Thunder iaitu aksi khas yang dimiliki Blanka. Reka bentuk pusaran menonjolkan gulingan ikonik yang dimiliki karakter itu dan indeks nombor seakan-akan melambangkan gigi Blanka.
Kesemua 6 jenis jam tangan ini dihadirkan dengan diameter yang berukuran 42.5 mm berketebalan 13.4 mm serta dilengkapi dengan Calibre 4R36 automatik. Lebih penting SEIKO 5 sports ini kalis air tau!
Confirm puas hati kerana setiap perincian yang diinspirasikan dari karakter utama Street Fighter memang tidak menghampakan.
Hanya keluarkan 9,999 unit sahaja!
Kata player sejati, takkan nak tengok je?
Kalau nak tahu, setiap satu rekaan dikeluarkan hanya akan dijual sebanyak 9,999 unit sahaja untuk setiap satu karakter. Sememangnya edisi terhad dan akan dijual di seluruh dunia.
Memang rugi kalau tak dapatkan satu dalam koleksi jam tangan korang! Lebih-lebih lagi buat kaki game Player Vs Player Street Fighter. Memang mengimbau zaman dulu-dulu kan?
Jangan lupa grab, sebab ni sememangnya limited edition tau.
Kredit: OhMyMedia
Bukan Sekadar Jam, Apple Watch Siri 3 Edisi Nike Selamatkan Nyawa Lelaki Ini!