Zahid, Muhyiddin sudah bertemu, rundingan Umno-PPBM masih berjalan

Ahli majlis tertinggi Umno, Annuar Musa, memaklumkan Presiden Umno, Zahid Hamidi, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sudah bertemu dan berbincang, di sebalik perkembangan yang menyaksikan Umno mempertimbangkan semula sokongannya kepada Perikatan Nasional dan syarat baharu yang ia kemukakan untuk meneruskan kerjasama itu.
Annuar bagaimanapun berkata rundingan antara kedua-dua parti itu masih berjalan.

“Setakat saya tahu rundingan Umno-PPBM sedang berjalan. Presiden dengan presiden bertemu selalu, malam kelmarin ada pertemuan,” katanya kepada pemberita pada satu acara di Putrajaya hari ini.

“Saya yakin penyelesaian itu sebahagaian besar telah dicapai.”

Annuar ditanya sama ada Umno dan PPBM sudah mencapai kata sepakat berhubung syarat baharu itu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, memaklumkan partinya pertimbang menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional – keputusan yang mendapat sokongan sebulat suara 13 ketua Umno negeri – di sebalik laporan mengatakan parti Melayu itu sudah tidak berpuas hati dengan PN.

Perkembangan ini menyusuli pengumuman oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad juga memaklumkan Umno menetap syarat baharu kepada kerajaan, yang dipimpin Muhyiddin, untuk meneruskan kerjasama politik, dan kepada PAS, ia mencadangkan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan yang sah.

Terdahulu di Twitter, Annuar memaklumkan Umno dan sekutu bakal muncul “lebih padu dan kuat”.

Diminta mengulas lanjut, Annuar menjelaskan ia membabitkan persiapan pilihan raya.

Berkenaan khabar angin sekitar rombakan Jemaah Menteri, Annuar menepisnya sebagai “cakap-cakap pinggiran”.

“Itu bukan perkara paling utama,” katanya.

Berkenaan surat sokongan kepada Anwar yang cuba dikaitkan dengan Zahid, Annuar berkata hal itu akan diperincikan dalam mesyuarat MKT Umno esok, dan setakat ini semua pihak perlu terima penafian oleh Umno.

“Tapi kalau kita bincang benda yang gagal tidak ada makna. Pada saya lebih baik pandang ke hadapan,” katanya. FMT

Zahid dan Hadi bertemu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker