SAH Anwar Ibrahim penipu! Tiada Surat Sokongan – Setiausaha Kerja UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hari ini menafikan sebarang sokongan parti tersebut kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Setiausa Kerja UMNO Malaysia, Dato Mohd Sumali Reduan, menyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ke-9.

“Merujuk kepada surat yang tular di media sosial berkenaan sokongan Presiden UMNO kepada salah seorang pemimpin Parti Pembangkang sebagai Perdana Menteri ke 9. Di sini saya ingin menegaskan bahawa Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat ini.”

Menurut Sumali, penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden Umno.

Sebelum ini portal UMNO-Online menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9.

Surat tersebut yang didakwa diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menyebut Presiden bersama Ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

UMNO ONLINE https://umno-online.my/2020/10/17/umno-nafi-surat-tular-sokong-anwar-jadi-pm/

Pengumuman ini memberi implikasi serius bahawa kemungkinan Ketua Pembangkang memberi maklumat palsu kepada YDP Agong.-SuaraTV

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker