DBKL, bomba jalan operasi sanitasi awam di ibu negara

80 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPMWPKL) hari ini menjalankan proses sanitasi awam di ibu negara bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berkata, kawasan tumpuan utama adalah di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Jalan Bukit Nenas, Jalan Petaling dan Pasar Seni.

“Tujuan utamanya adalah untuk memastikan lokasi ini bersih kerana ia adalah kawasan yang menjadi tumpuan awam, selain menjadi tempat persinggahan gelandangan.

“Kami memilih untuk melakukan operasi pada hujung minggu disebabkan keadaan jalan raya yang lengang sekali gus membolehkan operasi berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Operasi Sanitasi Awam C19, di sini, hari ini.



Mahadi berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bandar raya terjamin dari segi kebersihannya dan seterusnya membantu mengurangkan mangsa pandemik ini.

“Jika boleh, kita mahu Kuala Lumpur bebas daripada wabak Covid-19 dan proses sanitasi ini juga merupakan satu pembudayaan dalam norma baru dan ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Pada masa sama, Mahadi menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan mematuhi tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membantu menyekat penularan Covid-19. Bernama

Pekerja Mac City Di Pusat Beli-Belah 1 Utama Sah Positif Covid-19



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker