‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’ [Video]
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa, yang semakin menerpa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau turut dipilih menjadi duta bagi produk kecantikan yang terkenal di seluruh dunia.
Terbaru, penampilan Neelofa menjadi tanda tanya orang ramai apabila dia dilihat memuat naik beberapa keping foto berniqab.
Neelofa sudah berpurdah
PENGACARA dan pelakon popular Neelofa, 31, mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.
Neelofa berkata, dia memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.
Neelofa turut mendoakan seluruh umat Islam agar sentiasa dalam rahmat dan ehsan-Nya.Terdahulu, penampilan selebriti popular itu yang memuat naik beberapa gambar dia mengenakan purdah atau berniqab mengundang tanda tanya ramai mengenai penampilan terbaharunya itu.
Ibunya, Datin Noor Kartini turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu diberikan hidayah daripada Ilahi selain turut memuat naik video mereka berdua berpelukan di Instagram-Harian Metro
Doakan saya – Neelofa
Dilihat semakin manis dan berseri-seri, rakan artis dan para peminat meninggalkan komen positif dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
‘Ya Allah syukur atas hidayah untuknya’
Malah, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini turut memuat naik momen dia memeluk Neelofa dengan erat sebaik melihat imej berniqab yang digayakan anaknya itu. Malah, dia meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mengamatkan bidadari terindah untuknya.
‘Sebak tengok’
Di ruangan komen, para peminat turut memuji imej terbaru yang dibawa dan sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukan selebriti popular tersebut.
Sumber: Noor Kartini , Neelofa , Harian Metro
Kredit: OHBulan