Diambang Kejatuhan, Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines [Video]

Menurut laporan, Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya ia sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih berjalan ketika ini. Malah, Khazanah bersedia menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan yang diperlukan negara.

Jika berjaya, Firefly berpotensi untuk menjadi syarikat penerbangan kebangsaan dan mengakui akan terdapat pihak berkepentingan yang mungkin terkesan. Malah, Khazanah bimbang akan terus rugi jika terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh lalu terpaksa melupuskan pegangannya dalam aset strategik yang lain atau menambah hutang.

Malaysia Airlines pernah menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia kini berdepan beban hutang kerana tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan sejak diswastakan sejak tahun 2014.

Lantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mengatakan ia merupakan syarikat penerbangan terbaik serta kesukaan ramai serta mahu kerajaan kekal pertahankan Malaysia Airlines. Malah, para netizen juga berkongsi kenangan manis bersama syarikat penerbangan kebanggaan rakyat Malaysia.

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker