Pemandu Myvi dipenjara 6 tahun dan denda RM8,000
Johor Bahru: Pemandu Myvi wanita yang terbabit kemalangan hingga sebabkan kematian seorang anggota TLDM dekat Plaza Pelangi, Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, setelah mengaku bersalah, hari ini.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
Pemandu Myvi wanita berusia 23 tahun itu ditahan dan dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan sudah tamat tempoh dan saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.
Kemalangan pada 9 pagi itu membabitkan kereta Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan dengan kereta Honda Accord dan Proton Iswara.-HM
Netizen ‘meluat’ lihat wanita langgar anggota TLDM berkerusi roda ke mahkamah [VIDEO
You must be logged in to post a comment.