Institusi raja pelindung rakyat

SISTEM beraja merupakan institusi tradisional yang amat penting dalam percaturan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Sebelum ini, keterampilan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai ‘Payung Negara’ menjadi kunci utama dalam meleraikan polemik politik yang melanda negara.

‘Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba’.
Konflik politik yang melanda negara mungkin mengambil masa untuk diselesaikan secara total walaupun umum mengerti lautan mana yang tidak bergelora, bumi yang mana tidak ditimpa hujan.

Samalah juga dengan isu Covid-19. Pandemik ini telah mencecah 38 juta kes dan mengorbankan lebih sejuta nyawa di seluruh dunia sejak wabak itu tercetus hujung tahun lalu. Di Malaysia, wabak ini kembali membimbangkan terutamanya di Sabah.



Apa-apa pun, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kerajaan dan petugas barisan hadapan yang berjuang habis-habisan dalam mendepani pandemik ini.

Tidak dilupakan juga peranan yang dimainkan oleh institusi raja ketika ini. Walaupun institusi raja sudah diikat dengan roh perlembagaan moden, namun kewujudannya masih utuh dan relevan terutama pada waktu negara berhadapan dengan ketidaktentuan.

https://mykmu.net/2018/02/22/bezanya-pemimpin-bn-dengan-dap/

Dari segi perundangan, sememangnya Yang di-Pertuan Agong tidak terikat oleh mana-mana peruntukan untuk melakukan aktiviti turun padang demi memastikan rakyat patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai Yang di-Pertuan Agong yang sanggup mengetepikan protokol demi mendepani isu Covid-19.



Seri Paduka berkenan mencemar duli melakukan pemantauan pelaksanaan PKP pada fasa pertama dengan memandu sendiri kenderaan tanpa diketahui rakyat jelata. Yang uniknya, baginda membuat pemerhatian sendiri dan memaklumkan hasil pemerhatian tersebut kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia demi memantapkan lagi PKP.

Konsep Raja Berperlembagaan yang dipraktikkan di negara ini amat bersesuaian dengan kedudukan institusi raja dalam memastikan hubungan antara raja dan rakyat dapat diperkukuhkan.

Praktik

Prinsip kedua Rukun Negara meletakkan raja di tempat yang tinggi dan perlu ditaati. Diletakkan sebagai prinsip kedua dalam Rukun Negara selepas kepercayaan kepada Tuhan, sudah pasti prinsip ini menjadi antara perkara paling pokok yang perlu dihayati rakyat.

Tanpa ketaatan, kepimpinan tidak dapat dilaksanakan dan kerajaan tidak mampu ditegakkan. Prinsip tersebut mampu menjadikan Malaysia terus maju dan berdaulat. Rakyat perlu meletakkan ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama dan ketua negara selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama.



Gugur Kes Rasuah Lim Guan Eng Sebelum Dibicarakan Bercanggah Prinsip ‘Rule of Law’

Bagaimana untuk menjadi seorang rakyat yang setia kepada raja? Pertama sekali, rakyat perlu ada pengetahuan mengenai institusi dan struktur pentadbiran negara. Rakyat juga harus mempunyai sikap jujur dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara dengan memberikan sepenuh kepatuhan dan bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Tindakan seperti menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi beraja, mencaci hina, mempersenda dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong merupakan tindak-tanduk yang bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada raja.



Sudah tiba masanya pendidikan mengenai institusi diraja diwajibkan dan diperluaskan di setiap peringkat pendidikan mahupun alam pekerjaan.

Ternyata, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan. Malah, sifat raja berjiwa rakyat yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong tersebut adalah satu bonus dan menjadi sumber kekuatan yang mampu meredakan keluh resah rakyat yang dihimpit kesusahan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

* Mohd Rozaimy Ridzuan ialah Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Kerajaan PH mengamalkan tindakan politik balas dendam.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker