DAP ‘terkejut’ dengan pelawaan kerjasama PH-Umno untuk bentuk kerajaan negeri baru

DAP berkata parti itu “terkejut” dengan laporan berkaitan pelawaan kerjasama PH-Umno di Johor yang dibuat oleh pengerusi Pakatan Harapan Johor, Aminolhuda Hasan untuk membentuk kerajaan negeri baru sekiranya ia mengkaji semula sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan, DAP Johor berkat,a Majlis Pimpinan PH Johor menegaskan bahawa ia sentiasa mengamalkan pendekatan musyawarah dalam setiap perancangan dan tindakannya.

Justeru katanya, parti itu terkejut dengan laporan akhbar Berita Harian yang memetik Aminolhuda sebagai berkata bahawa PH bersedia untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan.

Dalam laporan itu, Aminolhuda berkata, sekiranya Umno mahu bekerjasama dengan PH, maka parti itu perlu bersikap “gentleman” dengan tidak membuat “ugutan politik” serta ikhlas dalam berkhidmat kepada rakyat.



“Jika Umno membuat keputusan keluar PN, kita sama-sama perlu kembalikan mandat rakyat sewaktu pilihan raya lalu dengan menitikberatkan soal kebajikan dan hak rakyat, bukannya merebut-rebut mengejar jawatan,” kata Aminolhuda seperti dipetik oleh laporan itu.

Di Dewan Undangan Negeri Johor, Barisan Nasional (BN) menguasai 16 kerusi, dengan 14 daripadanya daripada Umno dan 2 MIC. PN memegang 13 kerusi, sementara PH 27 kerusi.

DAP Johor berkata, kerjasama dengan Umno tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH negeri itu.

“Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan PH Johor,” katanya.



Pada Februari, PPBM dan Umno Johor bergabung untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah berikutan langkah PPBM meninggalkan PH.

Ini mengakibatkan kejatuhan kerajaan pimpinan PH yang menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

PH Johor sahkan bekas MB jumpa pemimpin AMANAH



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker