‘Orang Malaysia Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?’ – PPIM Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyelar tindakan RapidKL menggunakan bahasa cina untuk mempromosikan iklan di dalam perkhidmatan mereka.
Di dalam satu hantaran terbaharu di laman Facebook, PPIM telah mempersoal tindakan RapidKL yang memaparkan beberapa iklan berbahasa cina di dalam salah sebuah keretapi yang berada di bawah kelolaan mereka.
“Orang Malaysia dah tak reti bahasa melayu ke?” Tanya PPIM sebelum menyambung, “Lagi sekali iklan yang tidak menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di iklan di tempat awam. Masih lagi tak sedar.”
Sejak dimuat naik hari ini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 300 perkongsian balas dan lebih 2,000 tanda suka. Kebanyakan netizen Malaysia turut mempersoal tindakan RapidKL yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.
Sebelum itu, isu ini mula hangat di laman Twitter apabila Jazlie Dawani memuat naik gambar yang menunjukkan sebahagian ruang iklan di dalam perkhidmatan RapidKL menggunakan bahasa cina.
“Penghinaan kepada bahasa kebangsaan, sampaikan paparan iklan bahasa mandarin lebih utama. Kenapa? Rakyat Malaysia dah tak reti berbahasa Melayu ke sampaikan bahasa Mandarin diutamakan?” Tanya Jazlie Dawani.
Lebih parah lagi apabila persoalan ini telah dijawab sambil lewa oleh pihak RapidKL apabila mereka hanya menyatakan bahawa “itu setakat nak iklan je..takde isu dengan hal bahasa kebangsaan.”
Jawapan balas RapidKL ini bagi netizen jelas tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan sikap profesional sebuah agensi besar yang sepatutnya turut bertanggungjawab untuk mempromosikan bahasa kebangsaan.
Terkejut papan iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’ secara terbuka di Kuala Lumpur
“Sila ambil admin yang lebih ‘cerdik’ dan celik dalam isu yang cuba diketengahkan @AskRapidKL. PR kelaut,” kata Misz Aries. Manakala Rahim turut mengajukan soalan yang sama, “Macam mana boleh lepas ek? Bukan setiap kali nak angkat iklan mana-mana kena lalu DBP dulu ke?”
Setelah isu ini tular, RapidKL mengatakan bahawa mereka sudah membawa isu ini ke perhatian bahagian Non-Fare Revenue (Pendapatan Sampingan) MRT Corp bagi tindakan lanjut.
Namun, tiada permohonan maaf dari admin RapidKL berkenaan jawapan balas pertama yang dianggap netizen sebagai tidak bertanggungjawab. Vc
Rapid KL kekalkan SOP selepas mendapat teguran Pak Long Mail.