Lima perkara, kejutan dalam pengumuman iPhone 12

APPLE malam tadi melancarkan model iPhone terbaharunya, iPhone 12, dengan reka bentuk serba baharu dan sokongan rangkaian tanpa wayar 5G. Turut dilancarkan ialah HomePod mini, versi pembesar suara pintar HomePod yang lebih kecil dengan harga lebih berpatutan.

Mari kita lihat lima pengumuman menarik dari acara pelancaran tersebut.

1. iPhone 12 mempunyai reka bentuk dengan bahagian tepi yang rata, sama seperti iPhone model 4 dan 5. iPhone dengan saiz 6.1 inci (standard) mempunyai dua kamera belakang, dan kedua-duanya dilengkapi night mode.

2. iPhone 12 memiliki “ceramic shield” yang menurut Apple, menjadikan skrinnya lebih tahan lasak.

3. iPhone 12 mempunyai model yang lebih kecil, iaitu iPhone 12 mini, dengan saiz skrin 5.4 inci namun memiliki spesifikasi seperti iPhone 12 dengan saiz standard.

4. Dua lagi model dalam siri iPhone 12 ialah Pro dan Pro Max. Berikut adalah pecahan cirinya:

– iPhone 12 Pro bersaiz 6.1 inci mempunyai tiga kamera belakang dengan kebolehan autofocus dalam cahaya rendah serta teknologi LiDAR (pengesanan cahaya dan jarak).

– iPhone 12 Pro Max merupakan iPhone dengan saiz terbesar. Pro Max mempunyai skrin bersaiz 6.7 inci, tiga kamera belakang dengan julat zoom optik 5kali antara tiga lensa kameranya.

5. Siri iPhone 12 tidak dilengkapi pengecas dinding (wall charger) atau Lightning EarPods. Apple memaklumkan ini adalah langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Ia bagaimanapun dibekalkan bersama kabel USB-C to Lightning. Apple juga merancang untuk tidak membekalkan kedua-dua aksesori berkenaan dari model iPhone yang lain di masa depan.

Berikut adalah senarai harga seperti yang diumumkan Apple. Harga dalam Ringgit Malaysia (RM) ialah jangkaan mengikut kadar pertukaran.

iPhone 12 Mini – AS$699 (RM 2,895)
iPhone 12 – AS$799 (RM 3,309)
iPhone 12 Pro – AS$999 (RM 4,137)
iPhone 12 Pro Max – AS$1,099 (RM 4,552)

Apple iPhone 13 Pro Dijangka Bakal Diperkenalkan Dengan Sokongan ‘120Hz Pro Motion’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker