Kereta rempuh pondok tepi jalan, pemandu terkorban

Pemandu maut selepas pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pondok di tepi jalan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Haji Latif, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 10.47 malam

Katanya, mangsa, Lee Aling berusia 52 tahun yang mengalami kecederaan parah, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan 4WD yang merempuh sebuah pondok dan terbalik di tepi jalan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit pada bahagian bawah kenderaan terbabit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya, diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker