Siapa Agaknya Bekas Presiden Itu?
Sepatutnya, ahli parti kepada “parti politik itu” bebas memberi pandangan mengikut mereka. Jika tidak sependapat, mereka hormati dan hargai pandangan rakan separti mereka. Tidak kira ahli biasa atau ketua, setiap pandangan diraikan.
Jika pandangan itu dangkal, maka ia akan kurang sambutan & kurang disokong. Jika pandangan itu bernas & baik untuk memenuhi matlamat parti, maka ramailah yang sokong, dijadikan dasar dan dilaksanakan.
Itulah yang belaku dulu. Amalan yang menjadi budaya dulu.
Tapi, selepas “yang seorang itu” jadi Presiden parti itu dulu, tiada lagi ahli parti berkenaan tiada lagi kebebasan memberi pandangan tersebut.
Kenapa?
Sebab.. sesiapa saja yang beri pandangan yang bertentangan dengan ketua, apatah lagi Presiden, dia akan “diamkan” individu tersebut. Jika tidak, maka individu itu akan di”cantas”, di”kerat” atau di”pulau”kan, di”tanam” agar tidak panggung kepala lagi.
Malah, di zaman Presiden itu berkuasa, individu yang menyuarakan pandangan bertentangan itu dianggap “biadap”. Dengan “lampu hijau” pihak tertinggi, budaya tersebut membarah hingga ke peringkat akar umbi.
Perlakuan politik ini membudaya dan membarah hingga sekarang. Hatta usaha beberapa Presiden selepasnya mengubati dan membasmi kanser yang bersarang di dalam parti itu masih belum berjaya hingga kini.
Namun selepas parti itu “hilang kuasa” dan tewas, barulah setiap anggota parti itu menginsafi dan cuba merubah kembali keadaan parti itu kepada asalnya. Terkini, walaupun masih belum berjaya sepenuhnya, kanser yang membarah itu sudah banyak “sembuh”nya.
Bekas Presiden itu yang kini berpaling tadah dan bersama parti baharu yang diketuai beliau dan anaknya sering menuduh barah tersebut dilakukan pihak lain. Kononnya dia cuba melarang, tapi tiada sesiapa yang mendengar kata.
Padahal, ramai yang sedar bahawa dialah sebenarnya yang memulakan barah tersebut di peringkat pucuk pimpinan atasan sebelum menular ke peringkat akar umbi. Ramai yang telah menjadi mangsa, termasuk bekas-bekas Presiden sebelumnya.
Jika dikaji dari sikapnya, dia sememangnya terkenal dengan gelaran “Mr. Always Right”, di mana dia beranggapan apa saja yang dia katakan adalah betul, tepat dan terbaik, manakala individu yang bertentangan pandangan dengannya adalah salah-salah belaka.
Bila dia disifatkan sebagai “diktator”, sahaja dia bersinis. Memang kepakarannya yang tidak sesekali mengaku kelemahan diri walaupun dia jelas begitu, bukan?
Rasanya para pembaca boleh mengagak siapakah gerangan bekas Presiden itu. Jika ada jawapan, maka simpanlah jawapan tersebut dalam hati agar dijadikan teladan pada masa yang akan datang.
Harapan kita, agar tidak ada lagi “Si Kitul”, “Raja Mendeliar” atau “Buang” di Tanah Melayu ini. Selebihnya, kita doa-doakanlah agar bekas Presiden itu menginsafi diri, tidak lagi khianat dan berteleku di sejadah memperbanyakkan ibadah padaNya. Usia sudah terlalu “emas”, bukan?
Semoga dia diberi dan menerima hidayah dariNya…
Rotan syariah: Kritikan KJ pandangan peribadi, kata Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.