Presiden UIAM, Dr Mohd Daud Bakar nafi terlibat kes tipu pindah wang

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Dr Mohd Daud Bakar hari ini menafikan, terlibat dalam kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan di luar negara.

Mohd Daud berkata terdapat beberapa individu dengan pelbagai nama menggunakan gambar profil akaun Facebooknya, untuk berhubung dengan pengguna di media sosial.

“Saya difahamkan ada yang sudah tertipu. Ada yang menghubungi saya secara langsung bila mereka mengetahui perkara sebenar. Saya menasihati mereka supaya membuat laporan ke Facebook.

“Saya juga telah beberapa kali membuat laporan ke Facebook dan menjelaskan perkara sebenar menerusi status di Facebook dan Instagram tentang penggunaan gambar dengan pelbagai nama oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Mohd Daud berkata menerima panggilan daripada Persatuan Pengguna Melayu Malaysia memaklumkan kes penipuan melibatkan pemindahan sejumlah wang ke dalam dua akaun bank di Malaysia dan luar negara, menerusi akaun Facebook yang menggunakan gambar profil miliknya.

Presiden PPMM Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata beliau telah membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara itu dan laporan polis akan dibuat hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai serta pengguna media sosial agar tidak mudah tertipu dengan individu yang cuba berhubung menerusi media sosial dan meminta mereka untuk menyelidik terlebih dahulu latar belakang sekiranya mencurigakan. BERNAMA

Pernah Didakwa Atas Cubaan Rogol, YouTuber Korea Mengaku Guna Islam Untuk Raih Populariti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker