Bad Indigo anak soleh, keperibadian tiada galang ganti – Ibu

PETALING JAYA: Permintaan Allahyarham Bad Indigo, 48, kepada ibunya, Sharizan Abdul Ghani tidak menyediakan makanan kerana pulang lewat menjadi perbualan terakhir mereka.

Sharizan berkata, dia akan hubungi dan tanya sama ada arwah sudah makan atau belum setiap hari.

“Semestinya saya akan merinduinya. Semalam saya hubunginya pada jam 6 lebih, arwah beritahu tidak perlu sediakan makanan sebab pulang kerja lambat.



“Arwah memiliki keperibadian sangat murni dan tiada galang ganti.

“Beliau menjaga saya dengan baik sejak ketiadaan suami. Ke mana sahaja saya pergi, arwah akan bawa, jadi saya sangat terasa akan kehilangannya.

“Saya tak boleh hendak cakap banyak lagi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas selesai pengebumian jenazah Allahyarham Bad, petang tadi.

Sebelum itu, jenazah arwah Bad disolatkan di Masjid Tun Abdul Aziz dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya.



Yang turut hadir, anggota kumpulan Indigo iaitu Shah dan Zam, Liza Hanim serta ramai lagi.

 

Jenazah Allahyarham Bad disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, petang tadi. - NSTP/Affan Rostam

Dalam pada itu, adik angkat arwah iaitu Hafizal Harun, 42, berkata Allahyarham Bad adalah antara individu yang akan berhabisan menjaga dan melindungi keluarga biarpun dirinya sendiri berdepan masalah kesihatan.

“Tak terkira jasa arwah kepada keluarga sebab sejak mengenalinya pada 1999, macam-macam arwah lakukan dan menjaga saya seperti adik kandung.



“Masa muda-muda dulu arwah permah cakap kalau ada orang usik saya, dia akan balas. Satu titik darah, dia akan balas 10. Arwah adalah seorang yang sangat mempertahankan keluarganya,” katanya.

Hafizal berkata, arwah mempunyai kepercayaan teguh kepada Yang Maha Esa, selain tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Arwah memang tak ada cakap sakit apa-apa sebab sejak mengenalinya. Beliau seorang yang kuat.

“Walaupun arwah ada beritahu agak kurang sihat, sejak akhir-akhir ini, dia tetap berpegang untuk tidak mahu susahkan orang lain.



“Itu antara kesusahan yang arwah pendan seorang diri, apa yang dialaminya kami tak tahu.

“Kadang-kadang kami jumpa sebab hendak beri semangat, tapi terbalik pada akhirnya, arwah yang akan bagi tazkirah kepada kami.

“Kepercayaan, pegangan dan kebergantungan arwah kepada Allah sangat kuat. Arwah tak pernah mengeluh dengan apa sahaja ujian yang datang.

“Sampaikan anggao status Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipegangnya menjadi istimewa. Arwah tak rasa lemah semangat, malah menganggapnya sebagai ujian untuk terus kuat,” katanya.



Semalam, Allahyarham Bad menghembuskan nafas terakhir di bengkel kereta tempat kerjannya di Ampang kira-kira jam 7 malam, dipercayai akibat masalah kesihatan berkaitan jantung.

Arwah meninggalkan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri pertama iaitu Rayyan, 14, dan Rania, 13.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker