Samseng guna bunga api serang balai polis

This handout image grab made from a video posted on the Twitter account of @LeCapricieux94 shows fireworks exploding outside the police station of Champigny-sur-Marne, outside Paris, in the night of October 10 to 11, 2020, as it is attacked by around 40 people launching fireworks. – Around 40 people staged an hour-long fireworks attack against a police station outside around 12 kilometres (8 miles) east of the French capital early on October 11, authorities said, the latest in a string of incidents targeting security forces in recent months. The station’s entrance and several police vehicles were damaged but nobody was injured during the raid launched just before midnight. (Photo by – / Twitter account of @LeCapricieux94 / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – MANDATORY CREDIT “AFP PHOTO / Twitter account of @LeCapricieux94” – NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS – DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

PARIS – Kira-kira 40 orang melancarkan serangan bunga api selama sejam ke atas sebuah balai polis di luar Paris dari malam semalam , kata pihak berkuasa dalam insiden terbaharu menyasarkan pasukan keselamatan sejak beberapa bulan lalu.

Dua anggota polis keluar merokok di luar balai itu di Champigny-sur-Marne, sekitar 12 kilometer ke timur Paris apabila kumpulan penyerang itu tiba sejurus sebelum tengah malam semalam dengan sebilangan mereka membawa batang besi.

Kedua-dua anggota polis itu bersembunyi di dalam balai berkenaan apabila kumpulan samseng itu mula menyerang pintu masuk dan sebilangan kenderaan polis tetapi tiada sesiapa cedera dalam serangan tersebut.

Datuk Bandar Champigny-sur-Marne , Laurent Jeanne berkata, pasukan polis mungkin disasarkan sebagai membalas dendam kemalangan sebuah skuter baru-baru ini yang didakwa berpunca daripada pihak polis tetapi belum dapat dibuktikan.



Tiada tangkapan dibuat, namun pihak pendakwa raya berkata, sistem kamera litar tertutup sedang diteliti untuk mencari petunjuk.

Jeanne turut mengakui bahawa kejiranan Bois-L’Abbe yang menempatkan balai polis itu mempunyai masalah pengedaran dan penagihan dadah.

Beberapa balai polis di seluruh Perancis dijadikan sasaran serangan serupa tahun ini, manakala balai polis Champigny-sur-Marne pernah menjadi sasaran serangan bunga api oleh kumpulan belia dengan insiden  terbaharu berlaku pada April lalu. – AFP-Kosmo



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker