Pantai Cermin tercemar

Port Dickson: “Saya terbau minyak yang sangat kuat dan menyangkakan pekerja kebun sedang meracun,” kata Ismahani Ahmad, 34, ketika ditemui di Pantai Cermin, Batu 10, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerana tidak berpuashati, dia keluar dari kediaman di sebuah resort berhampiran pantai pada jam 11.30 pagi untuk memeriksa punca bau terbabit.

“Saya terkejut melihat keadaan pantai yang hitam berikutan ada kesan minyak dan bau terlalu kuat, mungkin tumpahan minyak dari kapal.



“Saya terus mengambil gambar dan video lalu menghantar ke laman sosial Facebook bagi kawasan Port Dickson untuk meminta pendapat penduduk sekitar dan membuat laporan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Cermin diri sendiri, kata SUA Annuar Musa kepada Nazri

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, pihaknya masih tidak mengetahui punca utama tumpahan minyak di perairan berkenaan.



“Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius kejadian tumpahan minyak sepanjang 3 kilometer di Pantai Cermin.

“Kami masih tidak mengetahui punca tumpahan minyak yang berlaku dan mengesyaki minyak ini adalah minyak enjin dari kapal.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan Jabatan Alam Sekitar sudah mengambil sampel dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui jenis minyak itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu ini, orang ramai atau pengunjung dinasihatkan tidak menghampiri kawasan itu bagi mengelakkan pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan. SH



Anwar perlu cermin dirinya dahulu – Azmin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker