New Zealand bebas Covid-19
AUCKLAND – Ketika banyak negara dunia melaporkan lonjakan kes Covid-19, New Zealand pula mengesahkan ia bebas daripada wabak tersebut.
Berikutan itu, jumlah kes Covid-19 di New Zealand kekal 1,515, kata Kementerian Kesihatannya.
Kes aktif di negara ini juga kekal 45, yang mana semuanya adalah kes import.
Tiada kes aktif dalam komuniti, katanya.
Malah, tiada pesakit dirawat di hospital akibat dijangkiti koronavirus.
Menurut kementerian itu, makmal-makmal di seluruh negara memproses 2,026 ujian saringan, menjadikan jumlah ujian yang diselesaikan setakat ini adalah 1,002,790.
Angka ujian itu dicapai pada pada hujung minggu lalu, tambahnya. – MG
You must be logged in to post a comment.