Putera Mahkota baharu Kuwait, Sheikh Meshaal dimashurkan
BANDAR KUWAIT, 20 Safar 1442H, Khamis – Parlimen Kuwait sebulat suara menyokong Sheikh Meshaal Al Ahmad Al Sabah sebagai Putera Mahkota, selepas Emir baharu, Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Sabah menamakannya untuk jawatan itu, semalam.
Sheikh Meshaal tiba di Parlimen sejurus selepas pemilihannya pada Khamis, bagi mengangkat sumpah di hadapan Emir Sheikh Nawaf sebagai putera mahkota yang baharu, lapor agensi berita Kuwait, KUNY.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan, Sheikh Meshaal memberi jaminan Kuwait akan berpegang kepada komitmen serantau dan antarabangsa melalui pendekatan damai serta demokratik.
Beliau turut berjanji akan mempromosikan semangat toleransi bagi mengelakkan perpecahan.
Terdahulu, Sheikh Nawaf mengambil alih tampuk pemerintahan berikutan kematian Sheikh Sabar Al Ahmad Al Jabee Al Sabah minggu lalu, pada usia 91 tahun.
Pertukaran kepimpinan Kuwait berlaku sewaktu tempoh tegang antara negara itu dengan Arab Saudi dan Iran, termasuk beban masalah harga minyak rendah serta wabak pandemik COVID-19.
Sheikh Meshal adalah anak lelaki ketujuh Emir Kuwait ke-10, Sheikh Ahmad al-Jaber Al-Sabah. – Agensi
ADUN DAP Graduan Lulusan Usuluddin Cadang Sertai Perikatan Nasional?
You must be logged in to post a comment.