Nak Duit Insurans, Anak ‘Rebus’ Kepala Mak Dalam Periuk, Tulis Nota Kronologi Pembunuhan
Pasangan suami isteri yang dikenali dengan nama Lisa Guy dan Joel Guy Sr. ditemui mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Paling tidak disangka-sangka adalah kematian pasangan itu dilakukan sendiri oleh anak kandung mereka. Kejam!
Insiden ngeri ini telah berlaku sekitar bulan November pada tahun 2016 yang lalu. Pada awalnya, pasangan ini bersama anak-anak perempuan mereka termasuk anak lelakinya, Joel Michael telah berkumpul untuk menyambut majlis kesyukuran. Majlis kesyukuran itu berlangsung pada 23 November 2016 di kediaman mereka yang terletak Tennessee. Menurut sumber, itu adalah momen terakhir mereka bersama-sama meluangkan masa di rumah tersebut sebelum ianya dijual oleh Lisa dan Joel Guy Sr.
Dalam majlis tersebut, Lisa dan suaminya memberitahu Joel Michael bahawa mereka tidak akan membayar semua bilnya lagi memandangkan mereka berdua akan bersara. Oleh hal yang demikian, Joel Michael terpaksa menanggung dari segi kewangannya sendiri. Adik beradik perempuan Joel Michael yang mengetahui keadaan itu langsung tidak memberi sebarang komen. Malah mereka terus pulang ke rumah masing-masing selepas majlis kesyukuran tersebut tamat.
Henti bagi wang kepada anak
Pada ketika itu lah Joel Michael memulakan niat jahatnya itu semata-mata mahu menunaikan wang insurans milik ibu yang berjumlah $500,000. Joel Michael juga sempat memberitahu adik beradiknya tentang perancangannya untuk menghabiskan waktu hujung minggu di rumah ibu bapanya itu. Difahamkan, Lisa seorang ibu yang bertanggungjawab dan baik sehingga dia sanggup bekerja demi memberi wang kepada anak lelakinya itu. Sehingga lah pada suatu hari, Lisa dan suaminya bernekad untuk menghenti memberikan wang kepada Joel Michael.
Pada 27 November 2016, Joel Michael yang pada ketika itu berusia 28 tahun telah kembali ke rumah asalnya yang terletak di Baton Rouge. Namun, pada keesokan harinya, mayat Lisa dan Joel Guy Sr telah ditemui. Perkara ini disedari selepas Lisa gagal menghadirkan ke tempat kerjanya di jabatan perakaunan Jacobs Engineering di Oak Ridge. Menurut bos Lisa iaitu Jennifer Whitehead, dia sudah cuba berkali-kali menghubungi pekerjanya itu tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima. Risau sesuatu perkara buruk berlaku, dia nekad menghubungi panggilan kecemasan 911 untuk memeriksa keadaan sebenar.
Pemanas air dibiar terpasang
Menceritakan semula kisah itu di mahkamah, Detektif Pejabat Sheriff Knox County Jeremy McCord berkata, setibanya pihak berkuasa di sana, mereka menggambarkan pemandangan dan keadaan di dalam rumah terbabit sangat mengerikan. McCord menemui kedua-dua kereta milik keluarga Guy berada di jalan masuk. Bukan itu sahaja, mereka turut melihat bahan-bahan makanan berteraburan di lantai dapur selain terdapat haba panas berserta bau bahan kimia telah keluar dari rumah tersebut sehingga membuatkan kulit dahi mereka menjadi gatal.
Lebih mencemaskan apabila mengetahui termostat di dalam rumah itu dinaikkan hingga 90 darjah sementara pemanas air dibiarkan terpasang sehingga suhunya mencecah 93 darjah celsius. Tetapi dalam masa yang sama pihak berkuasa ini melihat satu periuk yang dibiarkan di atas dapur gas dengan api yang terpasang.
‘Rebus’ kepala mak dalam periuk
Mereka seperti mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan isi dalam periuk berkenaan tetapi mereka membiarkannya dan membuat rondaan di seluruh rumah terbabit. Ketika meronda, alangkah terkejutnya apabila mereka menjumpai tangan milik Joel Guy berada di lantai bilik dan tubuh badan Lisa dan Joel Guy ‘disimpan’ di dalam bekas plastik di dalam bilik air.
Mereka kemudian telah pergi semula ke dapur dan menemui kepala Lisa Guy ‘dimasak’ di dalam periuk berkenaan. Hasil daripada siasatan, mereka menjumpai pelbagai bahan kimia antaranya peluntur, asid, peroksida dan alkohol selain terdapat resit yang menunjukkan Joel Michael membeli bahan-bahan tersebut di Walmart di Knoxville. Sementara itu, semasa memberi keterangan, anak perempuan mangsa iaitu Michelle Tyler memberitahu pernah melihat bekas plastik biru itu di dalam kereta abangnya (Joel Michael).
Siap tulis nota tentang insurans
Penolong Peguam Negara Daerah Knox, Leslie Nassios berkata semasa pernyataan pembukaan, mereka percaya bahawa pembunuhan tersebut sudah diracang sendiri oleh Joel Michael. Hal ini kerana, pihak berkuasa menjumpai ‘nota’ senarai semak alat yang diperlukan dan tindakan yang perlu dilakukannya untuk membunuh kedua ibu bapanya itu. Antara yang ditulis dalam nota tersebut adalah membawa tukul besi yang boleh digunakan untuk menghancurkan tulang kedua ibu bapanya selain menulis ‘Bawa pengisar dan penggiling makanan, kisar daging’.
Walaupun begitu, mereka tidak menemui sebarang bukti menunjukkan alat-alat itu digunakan untuk membunuh. Selain itu antara nota lain yang ditinggalkan adalah mengenai perincian wang insurans hayat milik ibunya yang menyenaraikan Joel Michael sebagai pewaris ‘‘$500,000 akan menjadi milik saya, dengan dia hilang / mati, saya mendapat semuanya’. Antara nota lain yang ditinggalkan adalah ”Bunuh dia (Joel Guy) dengan pisau, bersihkan kekotoran darinya sebelum dia (Lisa) pulang. Bunuh dia (Lisa) dengan pisau, letakkan di bilik mandi. Hidupkan air panas dan halakan ke arahnya untuk menyingkirkan bukti forensik. Tetapkan telefonnya untuk menghantar pesanan teks kepada saya lewat hari Ahad untuk membuktikan bahawa saya berada di BR (Baton Rogue) dan dia masih hidup’.
Bahagian badan direndam bahan kimia
Menurut sumber, Joel Guy ditikam 42 kali dengan menggunakan pisau. Tindakan itu secara tidak langsung telah merosakkan jantung, hati dan pinggangnya selain terdapat sebilah pisau tercucuk pada bahagian bahunya. Lebih mengerikan apabila kaki Joel Guy dikeluarkan dari badannya. Sementara Lisa Guy pula ditikam sebanyak 31 kali dan mangsa telah dipukul dengan kuat sehingga tulang rusuknya patah.
Kepala Lisa Guy ‘direbus’ oleh Joel Michael di dalam periuk. Penyiasat Pejabat Sheriff Knox County menemui sebahagian besar anggota badan mangsa dalam bekas 45 galon yang ditutup dan direndam dengan bahan kimia seperti yang digambarkan oleh pendakwa raya sebagai ‘rebusan sisa manusia’.
Oleh hal yang demikian, Joel Michael telah didakwa atas dua tuduhan pembunuhan peringkat pertama yang dirancang, tiga tuduhan pembunuhan kejam dan dua tuduhan penyalahgunaan mayat. Hakim Steve Sword menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Joel Michael. Joel Michael yang telah meminta hukuman mati akan dijatuhkan hukuman secara rasmi bulan depan tetapi tuduhan pembunuhan peringkat pertama adalah hukuman penjara seumur hidup automatik dengan kemungkinan pembebasan bersyarat setelah 51 tahun. Hakim akan memutuskan hukuman yang dikenakan kepada Joel Michael pada 19 November bulan hadapan.
Sumber: Washington Post, The Sun, New York Daily News
You must be logged in to post a comment.