Apple bakal perkenal iPhone 12 pada 14 Oktober

Share

Apple bakal memperkenalkan peranti paling ikonik mereka iaitu iPhone 12 pada 14 Oktober depan berdasarkan satu jemputan media yang bertemakan kepada ‘Hi, Speed’.

Teka teki berhubung pengenalan peranti pintar iPhone berkenaan sudah diperkatakan sejak hujung bulan lalu apabila Apple mengadakan majlis ‘Time Flies’ yang memperkenalkan siri baharu Apple Watch Series 6 dan dua variasi iPad.

Kali ini, slogan yang digunakan Apple adalah ‘Hi, Speed’ dan berdasarkan tema berkenaan, peranti baharu mereka pastinya menggunakan semua spesifikasi termaju dalam industri.

Acara pengumuman berkenaan akan diadakan secara maya pada 14 Oktober secara maya dan pengguna boleh mengikuti penstriman secara langsung menerusi saluran syarikat berkenaan.

Seperti dijangka, Apple akan menggunakan cip pemproses Apple A14 Bionic untuk iPhone 12 dan khabar angin menyatakan bahawa peranti baharu berkenaan mempunyai empat variasi.

Pemproses Apple A14 Bionic juga mempunyai tawaran kuasa prestasi terbaik pada waktu kini dan tidak banyak maklumat tertiris berhubung peranti ikonik Apple buat masa ini. HM

Gambar Sawah Padi Di Sabak Bernam ‘Viral’ Selepas Menjadi Pilihan Instagram Apple

Leave a Reply