Facebook tawar geran PKS berjumlah RM3.2 juta

Facebook Malaysia bakal melancarkan Program Geran Perniagaan Kecil berjumlah kira-kira RM3.2 juta yang akan ditawarkan bagi membantu meringankan beban lebih daripada 300 Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

Setiap geran yang akan diberikan berjumlah RM9,400 merangkumi wang tunai sebanyak RM5,900 dan kredit iklan pilihan berjumlah RM3,500.

Permohonan akan dibuka dari 6 Oktober hingga 12 Oktober.

Menurutnya, perniagaan tidak perlu mempunyai akaun Facebook untuk membuat permohonan.

Untuk memohon, perniagaan tersebut mestilah mempunyai 2 hingga 50 orang pekerja, menjalankan perniagaan lebih daripada setahun dan mengalami cabaran akibat pandemik Covid-19.

Untuk maklumat lanjut mengenai kriteria kelayakan dan cara untuk memohon geran, sila layari:
https://www.facebook.com/business/boost/grants.

”Kami menyedari sokongan kepada mereka dalam tempoh ini dan masa akan datang adalah amat penting untuk ekonomi negara. Oleh itu, kami di Facebook akan terus menyatukan persumberan kami dan terus membangunkan alatan digital untuk membantu PKS mengemudi perniagaan dalam norma baharu dan membangun dengan lebih kukuh pasca pandemik ini,” kata Nicole Tan, Pengarah Negara Facebook Malaysia.

PKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan merangkumi 38.9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, 48.4% daripada peluang pekerjaan serta 17.9% aktiviti eksport di Malaysia.

Facebook Malaysia berkata, berdasarkan State of Small Business Report, satu kajian mengenai perniagaan kecil yang sedang dijalankan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Facebook mendapati hampir 58% PKS yang ditinjau di Malaysia bimbang akan aliran tunai bagi bulan-bulan yang akan datang.

Menurut laporan itu, PKS telah berusaha untuk beralih ke perniagaan berasaskan digital dengan beroperasi secara atas talian dan 44% PKS yang beroperasi di Facebook melaporkan lebih 25% daripada jualan mereka telah dibuat secara digital dalam beberapa bulan kebelakangan ini. MG

COVID-19: Kerajaan akan tambah baik bantuan untuk PKS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker