Zahid ziarah M. Daud Kilau

Zahid ziarah Raja Gelek di Bagan Datuk

Datuk M. Daud Kilau mempunyai semangat yang tinggi biar pun tidak lagi aktif lagi membuat persembahan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap penyanyi itu diberi kesembuhan dan dipanjangkan usia.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO semalam sempat menziarahi penyanyi berusia 82 tahun itu di kediamannya di rumahnya di Kampung Sungai Balai, Bagan Datuk.



M. Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau itu mengalami masalah kesihatan sejak tahun 2016 termasuk kencing manis, sakit pinggang dan masalah jantung.

M. Daud Kilau, 82, juga dilaporkan mengalami masalah pergerakan kerana penyakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain yang dihidapinya.

Meski demikian, anak Datuk M. Daud Kilau, Ahmad Zaini ketika dihubungi Gempak memaklumkan biar keadaan kesihatannya tidak baik, pelantun lagu Cek Mek Molek itu masih boleh mengenali orang di sekelilingnya.

“Insya-Allah, Mungkin Bulan Oktober” – Datuk M. Daud Kilau Bakal Dapat Bantuan Kerusi Roda Elektrik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker