“Insya-Allah, Mungkin Bulan Oktober” – Datuk M. Daud Kilau Bakal Dapat Bantuan Kerusi Roda Elektrik

Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau dilaporkan kini terlantar sakit di kediamannya di Sungai Balai Baru, Bagan Datoh, Perak.

M. Daud Kilau, 82, juga dilaporkan mengalami masalah pergerakan kerana penyakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain yang dihidapinya.

Meski demikian, anak Datuk M. Daud Kilau, Ahmad Zaini ketika dihubungi Gempak memaklumkan biar keadaan kesihatannya tidak baik, pelantun lagu Cek Mek Molek itu masih boleh mengenali orang di sekelilingnya.

“Ayah mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, kaki kebas dan lain-lain. Tetapi dalam keadaan sekarang, dia masih lagi kenal orang,” kata Ahmad Zaini kepada Gempak pada Rabu, 30 September 2020.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=oByeQBz-X6c[/embedyt]

“Datuk M. Daud Kilau ada memohon untuk mendapatkan bantuan alat sokongan iaitu kerusi roda elektrik untuk memudahkan dia bergerak ketika pegawai saya datang untuk menemu bual beliau.

“Insya-Allah, saya sudah minta kakitangan sediakan dokumentasi. Kalau semuanya lengkap, dalam bulan Oktober bantuan dan keperluan itu akan disalurkan kepadanya,” jelas Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, Mohd. Firdaus Othman melalui pesanan WhatsApp kepada Gempak.

Sementara itu, M. Daud Kilau yang mula aktif menyanyi sejak tahun 1968 turut mendapat bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebanyak RM500 sebulan sejak empat bulan lalu.

Menurut Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi yang dihubungi Gempak, pihak Seniman sentiasa berurusan dengan JKM dan Baitulmal untuk membantu ahli-ahli seniman yang memerlukan bantuan.

“Kami akan terus memberikan bantuan setakat yang mampu dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil sekarang ini. Sumbangan akan tetap diberikan tetapi bergantung juga kepada badan-badan korporat serta orang ramai.

“Sebagai persatuan, kami menjadi pemudah cara untuk para seniman. Bukan sahaja untuk Datuk M. Daud Kilau, tetapi juga seniman-seniman lain yang memerlukan bantuan,” kata Zed Zaidi.

Terdahulu sudah beberapa kali M. Daud Kilau difitnah telah meninggal dunia- Gempak

“DatangIah Tengok Keadaan Saya..” – Rayuan Datuk M. Daud Kilau Pada Semua Ekoran Kesihatan Makin Merosot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker